E-Perolehan Sistem Penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Emel :
Kata Laluan:
  Terlupa kata laluan?
Bukan Kontraktor Berdaftar ? Daftar di sini
Jumlah Pengunjung : 3,172,868
(Sejak 28hb Mei 2015)

 

Utama » Bantuan Pendaftaran

[ Kembali ]

Langkah-langkah Pendaftaran Dengan Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Klik pada pautan 'Daftar di sini' seperti pada skrin di bawah.

1. Menggunakan borang Pengguna Baru yang disediakan seperti Skrin 1 di bawah.


Skrin 1

Masukkan maklumat berikut:

  • Nama Syarikat
  • ID Pelanggan DBKL (Jika syarikat telah mempunyai ID Pelanggan DBKL)
  • Jenis Pendaftaran/Jenis Syarikat
  • Nombor Pendaftaran Syarikat
  • Tarikh Ditubuhkan
  • No Rujukan Cukai Pendapatan
  • Jenis Pemilikan Pejabat
  • Alamat
  • Poskod
  • Bandar
  • Negeri
  • Kawasan Parlimen (Jika beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
  • No. Telefon
  • No. Fax
  • Nama pegawai untuk dihubungi
  • Jawatan pegawai
  • Email Pegawai
  • Email
    Sila gunakan alamat emel yang sah dan aktif kerana Sistem akan menghantar emel berkaitan
    • Pemberitahuan kepada kontraktor berjaya didaftar ke dalam sistem.
    • Pemberitahuan berkenaan pendaftaran kontraktor telah disahkan.
    • Jemputan menyertai tender/sebutharga terhad/perunding.
    • Kelulusan untuk menyertai tender/sebutharga dengan surat kebenaran khas
    • Jemputan menyertai tender/sebutharga terbuka kepada kontraktor/syarikat yang mempunyai kod bidang KKM atau gred/kategori/pengkhususan CIDB yang layak
    • Transaksi pembelian tender/sebutharga yang berjaya dibeli.
    • Pemberitahuan untuk memperbaharui pendaftaran dengan sistem.
    • Arahan menukar kata laluan baru untuk kontraktor yang membuat permohonan kerana terlupa kata laluan
  • Kata Laluan
  • Pastikan Kata Laluan

  • Klik butang Seterusnya>>

1.1 Sekiranya anda mendapat mesej berikut


Skrin 2

Alamat emel yang dimasukkan telah digunakan dalam Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sila gunakan alamat emel lain untuk pendaftaran ini. Satu alamat emel hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk pendaftaran dengan Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

1.2 Sekiranya anda mendapat mesej berikut


Skrin 3

Nombor pendaftaran syarikat yang dimasukkan telah wujud dalam Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sila hubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan klik pada pautan Hubungi Kami (seperti skrin di bawah) untuk memastikan sama ada syarikat telah pun didaftarkan.

2. Selepas pendaftaran maklumat syarikat, kontraktor dikehendaki mengemaskini profil syarikat seperti KKM dan CIDB pada skrin berikutnya (Skrin 4).


Skrin 4

3. Sekiranya ingin mengubah maklumat syarikat pada paparan sebelum ini, klik butang Kembali (pada Skrin 4)


4. Untuk masukkan maklumat bidang Kementerian Kewangan klik pada pautan [Tambah] pada ruangan Kementerian Kewangan



Skrin 5


4.1 Masukkan maklumat :
  • No Rujukan Pendaftaran
  • Tarikh Mula
  • Tarikh Tamat
  • Status Syarikat

4.2 Klik butang Simpan & Tambah

5. Untuk tambah bidang KKM, klik pada pautan [Tambah Kepala ] [seperti skrin dibawah]


Skrin 6

6. Pilih Bidang/Sub Bidang/Pecahan daripada pilihan yang disediakan


Skrin 7

6.1 Klik butang Simpan & Tambah

6.2 Ulangi proses 5 untuk semua kod bidang yang terdapat dalam sijil KKM.

7. Tambah Gred CIDB (sekiranya syarikat didaftarkan), klik pada pautan [Tambah] pada ruangan CIDB. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan


Skrin 9

7.1 Pada skrin ini masukkan maklumat

  • No Rujukan Pendaftaran
  • Gred
  • Tarikh Mula
  • Tarikh Tamat

7.2 Klik butang Simpan & Tambah


Skrin 10

7.3 Skrin di atas adalah setelah anda tambah gred CIDB. Jika anda ingin ubah gred CIDB, klik pautan [Ubah], untuk padam gred CIDB yang telah dimasukkan klik pautan [Padam] dan skrin untuk padam gred CIDB akan dipaparkan seperti gambar di bawah

7.4 Klik pada butang pautan [Padam] untuk memadamkan gred yang telah dimasukkan.


7.5 Untuk menambah Kategori dan Pengkhususan CIDB, klik pautan [Tambah Kategori] pada Skrin 10.


Skrin 11

7.6 Pilih Kategori/Pengkhususan seperti yang terdapat pada sijil CIDB syarikat dan klik butang Simpan & Tambah . Ulangi proses ini untuk semua Kategori/Pengkhususan yang terdapat pada sijil CIDB syarikat.


Skrin 12

7.7 Untuk memadam kemasukan Kategori/Pengkhususan CIDB pada Skrin 12, klik pada pautan [Ubah Bidang]. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan.

Klik butang [Padam] untuk padam Kategori/Pengkhususan CIDB.


8. Kontraktor/syarikat yang memiliki Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera PKK klik pada pautan [Tambah] pada ruangan Pusat Khidmat Kontraktor


Skrin 13

8.1 Maklumat berikut akan dipapar secara automatik daripada pendaftaran CIDB :

  • No Rujukan Pendaftaran
  • Tarikh Mula
  • Tarikh Tamat

8.2 Kontraktor perlu memilih taraf Bumiputera sekiranya mempunyai Sijil Kontraktor Kerja Taraf Bumiputera PKK pada ruangan:

  • Status Syarikat

Klik butang Simpan & Tambah

9. Sekiranya anda telah lengkap memasukkan maklumat KKM atau CIDB atau PKK, klik butang Simpan dan Seterusnya pada Skrin 4. Anda secara automatik akan terus log masuk ke Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

NOTA PENTING :

Selepas mendaftar di Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kontraktor perlu datang ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur dengan membawa borang pendaftaran SSM, sijil pendaftaran & taraf Bumiputera KKM (jika didaftarkan), sijil asal Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB, sijil pengiktirafan Bumiputera dengan PKK (jika didaftarkan) untuk pengesahan pendaftaran.

Sila bawa BIL CUKAI PINTU bagi alamat pejabat yang didaftarkan dalam sistem ini semasa proses pengesahan oleh DBKL.



10. Selepas berjaya log masuk ke Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, mesej seperti di bawah akan dipaparkan


Skrin 13

10.1 Sila kemaskini profil syarikat anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

10.2 Untuk tambah Maklumat Pemilikan Saham, klik pautan [Ubah] pada ruangan Maklumat Pemilikan Saham


Skrin 14

Masukkan maklumat

  • Nama Pemilik
  • Warganegara
  • Jumlah Saham
  • Peratus Pemilikan
  • Peratus Pemilikan

Klik butang Simpan & Tambah

Jika terdapat lebih seorang pemilik saham, ulangi langkah ini.

10.3 Untuk tambah Maklumat kedudukan kewangan syarikat, klik pautan [Ubah] pada ruangan Maklumat Kedudukan Kewangan


Skrin 15

Masukkan maklumat

  • Modal dibenarkan
  • Modal berbayar

Klik butang Simpan & Tambah

10.4 Untuk tambah Maklumat Aset Syarikat, klik pautan [Ubah] pada ruangan Maklumat Aset Syarikat


Skrin 16

Masukkan maklumat

  • Jenis Aset
  • Jumlah Aset

Klik butang Simpan

Ulangi proses ini sekiranya anda ingin memasukkan maklumat aset yang lain

10.5 Untuk tambah Maklumat Kakitangan Syarikat, klik menu Profil dan pilih menu Kakitangan


Skrin 17

Masukkan maklumat

  • Nama
  • Jawatan
  • Pilih Warganegara
  • Pilih Status

Klik butang Simpan & Tambah

Ulangi langkah di atas untuk menambah maklumat kakitangan syarikat yang seterusnya.

10.5 Untuk tambah Maklumat Pengalaman Syarikat (Maklumat Senarai Projek Siap), klik menu [Projek Siap]


Skrin 18

Masukkan maklumat

  • Nama Projek
  • Nama Agensi
  • Nilai Projek
  • Tempoh Projek (dalam angka)
  • Pilih Hari/Minggu/Bulan/Tahun

Klik butang Simpan & Tambah

Ulangi langkah di atas untuk menambah senarai projek syarikat yang telah disiapkan.

10.6 Untuk tambah Maklumat Pengalaman Syarikat (Senarai Projek Semasa), klik menu [Projek Semasa]


Skrin 19

Masukkan maklumat

  • Nama Projek
  • Nama Agensi
  • Nilai Projek
  • Tempoh Projek (dalam angka)
  • Pilih Hari/Minggu/Bulan/Tahun

Klik butang Simpan & Tambah

Ulangi langkah di atas untuk menambah senarai projek syarikat yang sedang dilaksanakan.

10.7 Untuk tambah Produk Syarikat (jika ada), klik menu [Produk Syarikat]


Skrin 20

Masukkan maklumat

  • Nama Produk
  • Kegunaan
  • Agensi yang menggunakan

Klik butang Simpan & Tambah

Ulangi langkah di atas untuk menambah Produk Kepunyaan syarikat.

10.8 Untuk tambah Anugerah yang diterima, klik menu Anugerah (jika ada)


Skrin 21

Masukkan maklumat

  • Nama Anugerah
  • Nama pemberi anugerah
  • Keterangan anugerah

Klik butang Simpan & Tambah

Ulangi langkah di atas untuk menambah Anugerah Yang Diterima.

11. Muat naik Sijil ROC

11.1 Pada menu Profil -> Klik Muatnaik Sijil ROC, akan dipaparkan skrin seperti dibawah


Skrin 22

Masukkan maklumat

  • Nama Dokumen
  • Klik butang Browse untuk mencari fail untuk dimuatnaik (fail dengan format .jpeg, .gif, .zip dan .doc dibenar untuk dimuatnaik)


  • Skrin 23

  • Penerangan

Sekiranya berjaya skrin seperti di bawah akan dipaparkan


Skrin 24

11.2 Pada menu Profil -> Klik Muatnaik Dokumen KKM, akan dipaparkan skrin seperti dibawah


Skrin 25

Masukkan maklumat

  • Nama Dokumen
  • Klik butan Browse untuk mencari fail untuk dimuatnaik (fail dengan format .jpeg, .gif, .zip dan .doc sahaja dibenar untuk dimuatnaik)

  • Skrin 26

  • Penerangan

Sekiranya fail berjaya dimuatnaik, skrin berikut akan dipaparkan


Skrin 27

Nota : Langkah ini boleh digunakan untuk muat naik dokumen CIDB dan PKK

11. Selepas proses kemaskini maklumat syarikat selesai, anda perlu membawa borang pendaftaran SSM, sijil pendaftaran dan taraf Bumiputera KKM (jika didaftarkan), sijil asal Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB serta sijil pengiktirafan Bumiputera dengan PKK (jika didaftarkan) ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur untuk pengesahan pendaftaran.

12. Setelah pengesahan pendaftaran dibuat oleh DBKL, anda akan menerima emel ke alamat emel yang didaftarkan dalam sistem.


12.1 Log masuk ke Sistem Penjualan Dokumen Tender Dan Sebutharga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyemak status pendaftaran syarikat, klik pada menu Profil -> Ubah Profil dan gambar seperti Skrin 28 akan dipaparkan.


Skrin 28

Sila hubungi agensi terbabit sekiranya pendaftaran anda belum disahkan (seperti gambar di bawah).


Skrin 29

13. Anda perlu membuat pembayaran pendaftaran sebanyak RM100.00 atau RM150.00 secara dalam talian di laman web ini dengan menggunakan mod bayaran kad kredit atau FPX. Untuk panduan pembayaran, sila klik pada ikon-ikon seperti pada Skrin 30 di muka depan laman web ini.


Skrin 30

[ Kembali ]

 

 

 
Penafian
Dasar Privasi | Terma & Syarat | Dasar Keselamatan | Penafian

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9 ke atas, Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.
Penafian: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan di atas penggunaan apa jua maklumat dalam laman web ini. Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada .

Tentang Kami
Alamat: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: 03-2617 9000
Emel:
Hakcipta Terpelihara 2015 © E-Perolehan DBKL