Tajuk Tender/Sebut Harga Cadangan Kerja – Kerja Penggantian Enam (6) Unit Lif Penumpang Di Kawasan PA Hang Tuah, Kuala Lumpur
Jenis Tender
No. Tender/Sebut Harga 2026/A050
Tarikh Jual 11/05/2026
Tarikh Tutup 04/06/2026 11:59 AM
Harga Dokumen (RM) 400.00
Dibuka Kepada Negeri Selangor,WP Kuala Lumpur,WP Putrajaya
Kod Bidang CIDB
BERDAFTAR DENGAN KOD BIDANG:
G5 M03 ATAU
G6 M03 ATAU
G7 M03
Tempat Hantar Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali
Taklimat Tapak
Tarikh: 14/05/2026
Masa: 10:00
Tempat Berkumpul: Bilik Gerakan, Tingkat 3, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Syarat Khas Tidak Ada
Syarat 1. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

2. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di dalam portal rasmi eperolehan.dbkl.gov.my

3. Dokumen Tender 2026/A050 boleh dibeli Secara 'Online' di laman web selepas Sesi Taklimat Tapak.

4. Kehadiran ke Sesi Taklimat 2026/A050 adalah DIWAJIBKAN. HANYA PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan hendaklah Diwajibkan membawa salinan sijil seperti berikut:-

i. Sijil Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB (2026/A050)
ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2026/A050)
iii. Cop Syarikat (Rubber Stamp) (2026/A050)
iv. Kad Pengenalan Penama Didalam Sijil (2026/A050)
v. Sijil Firma Yang Kompeten (FYK) berdaftar dengan JKKP

5. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

6. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

7. Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).


DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan : 11 Mei 2026 (Isnin)
Laman Sesawang : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my
Dokumen Meja
No. Jenis Dokumen Nama Fail Muat Turun
1 Fail Tender 1.3)DWC Hang Tuah Lift.pdf