Perlindungan Data Peribadi
(Terakhir dikemaskini pada: 21 April 2025)
PENGENALAN
Datuk Bandar Kuala Lumpur komited untuk melindungi Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Notis ini menjelaskan bagaimana Datuk Bandar Kuala Lumpur memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan pemusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.
PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang membezakan atau mengenal pasti anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jantina, nombor kad pengenalan, nombor pasport, nombor telefon, alamat IP, data imej (gambar wajah, dokumen-dokumen syarikat dan lain-lain), maklumat pekerjaan dan kewangan, data peribadi anggota keluarga, waris, keadaan kesihatan fizikal, kepercayaan agama dan penyuaraan pendapat.
SUMBER PENGUMPULAN
- Borang pendaftaran pengguna baru di semua aplikasi online
- Borang permohonan/ pembayaran perkhidmatan DBKL
- Aplikasi Pintar ePPP DBKL
TUJUAN PENGUMPULAN
Kami mengumpul data peribadi anda daripada
- Memproses permohonan perkhidmatan kami
- Menghantar produk/perkhidmatan kami kepada lokasi pilihan anda
- Menyelesaikan aduan / masalah yang berkaitan (jika berlaku)
- Menghantar pemakluman perkhidmatan kami
- Berkongsi maklumat dengan Agensi Kerajaan yang lain bagi sesetengah data yang dihantar sahaja
- Aktiviti audit, penilaian risiko, tinjauan, penyelidikan berhubung polisi yang dikeluarkan oleh DBKL dan pelepasan kewajipan kawal selia/perundangan
BAGAIMANA DIPROSES
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
PENZAHIRAN
- Pihak ketiga yang dilantik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi melaksanakan kerja bagi pihak Datuk Bandar (jika perlu).
- Pihak berkuasa untuk tujuan perundangan (jika perlu).
- Untuk pemeriksaan dalaman DBKL.
LANGKAH KESELAMATAN
- Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709
- Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
- Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak ketiga yang dilantik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda.
TEMPOH PENYIMPANAN
Semua Data Peribadi yang diperolehi dari anda akan disimpan selagi mana diperlukan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur akan mengambil tindakan munasabah untuk memastikan Data Peribadi anda akan dimusnahkan atau dihapuskan secara kekal, jika ia tidak lagi diperlukan.
HAK ANDA
- Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
- Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
- Anda mempunyai pilihan untuk menyediakan Data Peribadi anda kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, namun keengganan anda mungkin menghalang Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada menyediakan perkhidmatan yang anda perlukan.
CHECKLIST PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
- Menyediakan fungsi kotak semak (check box) persetujuan subjek data setiap kali sebelum fungsi Simpan atau Kemaskini data peribadi.
Contoh:
- Setiap laman utama sistem aplikasi, gunakan kandungan:
- Dasar Privasi dan Keselamatan; dan
- Notis Perlindungan Data Peribadi sebagaimana yang terdapat di bahagian footer portal rasmi DBKL.
sebagaimana yang terdapat di bahagian footer portal rasmi DBKL.
- Menyediakan fungsi Hapus Rekod profil pengguna dalam semua sistem:
- Membolehkan pengguna menghapuskan profil secara keseluruhan.
- Menyediakan pengesahan sebelum penghapusan dilakukan.
- Memberi notifikasi selepas penghapusan berjaya.
HUBUNGI KAMI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
No Tel: 03 2617 6711
Email: dbkl@dbkl.gov.my