Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Rasmi DBKL kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.
Portal Rasmi DBKL mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Aplikasi ini mengumpul data imej wajah semata-mata bagi tujuan pengesahan identiti dan pengesahan akaun pengguna. Pengumpulan ini adalah perlu bagi memastikan bahawa pengguna merupakan individu yang sah dan diberi kuasa untuk mewakili perniagaan yang berdaftar di dalam sistem e-Perolehan (ePPP).
Data imej wajah tidak digunakan bagi tujuan pemasaran, pemprofilan, pengiklanan atau analitik, dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga kecuali dalam skop integrasi sistem yang dibenarkan dan berkaitan secara langsung dengan operasi e-Perolehan.
Data imej wajah disimpan hanya sepanjang tempoh yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pengesahan dan pematuhan sistem.
Langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang bersesuaian dilaksanakan bagi melindungi semua data peribadi yang disimpan.
Pengguna mempunyai hak untuk memohon pemadaman data peribadi mereka, termasuk data imej wajah.
Proses ini dilaksanakan selaras dengan undang-undang perlindungan data dan peraturan privasi yang berkuat kuasa.